Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dinamik, maskulin dan inovatif

    Oleh Syahmi Hassan

    Porsche kini mempunyai model Porsche Cayenne generasi ketiganya yang lebih mewah, ‘sporty’ dan reka bentuknya yang lebih dinamik, jelas serta kontemporari, yang berjaya menggabungkan prestasi Porsche yang tipikal dengan kegunaan seharian yang lebih mantap.

    Generasi ketiga Porsche Cayenne 2019 tersebut yang diperbaharui terutamanya bahagian dalaman telah dibawakan ke Brunei oleh pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama Porsche di Brunei Darussalam, QAF Eurokars.

    Baru-baru ini, Media Permata telah dijemput ke Tarindak D’Seni untuk menguji pandu model terbaharu Porsche Cayenne tersebut di kawasan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

    Dari uji pandu tersebut, kereta Porsche Cayenne dirasakan amat sesuai bagi me-reka yang suka kenderaan yang maskulin dan mempunyai ciri-ciri yang begitu inovatif.

    Seperti kereta ‘sport’

    Kenderaan jenis SUV yang dikuasakan dengan enjin 2.9 liter V6 biturbo, berkebolehan dibawa dengan laju sama seperti kereta ‘sport’.

    Porsche Cayenne dirasakan amat sesuai bagi mereka yang suka kenderaan yang maskulin dan mempunyai ciri-ciri yang begitu inovatif.
    Terdapat papan pemuka yang menempatkan skrin sentuh 12.3 inci Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) terkini, yang tidak ada didapati pada model-model Cayenne sebelum ini.
    Porsche Cayenne 2019 mempunyai tiga pilihan mod pemanduan iaitu Standard Mode, Sport Mode dan Sport Plus Mode.
    Porsche Cayenne dirasakan amat sesuai bagi mereka yang suka kenderaan yang maskulin dan mempunyai ciri-ciri yang begitu inovatif.
    Terdapat papan pemuka yang menempatkan skrin sentuh 12.3 inci Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) terkini, yang tidak ada didapati pada model-model Cayenne sebelum ini.
    Porsche Cayenne 2019 mempunyai tiga pilihan mod pemanduan iaitu Standard Mode, Sport Mode dan Sport Plus Mode.

    Ia boleh mencapai sehingga 340 kuasa kuda dengan enjin turbonya yang kuat dan gearbox Tiptronic S lapan kelajuan yang baharu.

    Porsche Cayenne 2019 mempunyai tiga pilihan mod pemanduan iaitu ‘Standard Mode’, ‘Sport Mode’, dan ‘Sport Plus Mode’.

    Pengamal media telah berkesempatan menguji pandu ketiga-tiga mod berkenaan dan mod tersebut amat mengagumkan kami.

    Pada permulaan pemanduan, kami menggunakan Mod ‘Standard’ yang sangat sesuai digunakan di kawasan bandar dan ketika hendak bersantai memandu kerana ia menawarkan pemanduan yang begitu selesa yang dapat dirasakan daripada pengendalian stereng, pedal minyak dan brek dan juga suspensi kereta.

    Apabila ditukar kepada mod ‘Sport’, dapat dirasakan perbezaan dari segi kelajuannya, di mana mod tersebut menawarkan pemanduan yang lebih agresif dengan pengendalian yang begitu stabil.

    Seterusnya, kami menggunakan mod ‘Sport Plus’, iaitu mod yang paling berkuasa dan sangat agresif berbanding dengan mod-mod yang lain.

    Semasa memandu dengan mod tersebut, terdengar bunyi deruman hebat dari Porsche Cayenne yang sangat mengagumkan, diikuti dengan reaksi kenderaan yang juga sangat responsif walaupun dengan bentuknya yang besar yang membawa lima penumpang pada masa itu.

    Dengan kuasa dan pengalaman yang diberikan di sepanjang uji pandu tersebut, para pengamal media percaya bahawa ia adalah salah sebuah SUV yang sangat berbaloi dengan tawaran semua ciri-ciri keselamatan, kawalan brek, Assist Night Vision dengan kamera pengimejan terma (thermal), Lane Change Assist, Lane Keeping Assist serta bantuan letak kereta.

    Selain itu, juga terdapat papan pemuka yang me-nempatkan skrin sentuh 12.3 inci Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) terkini, yang tidak ada didapati pada model-model Cayenne sebelum ini.

    Kesemua ciri-ciri tersebut telah memberikan para pemandu pengalaman memandu yang sangat memuaskan kerana kemudahan, keselesaan, keselamatan dan kelajuan yang ditawarkan. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Porsche Cayenne, bolehlah mengunjunginya Bilik Pameran Porsche, di Beribi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda