Selebriti Indonesia Dinar Candy dituduh biadab apabila menggunakan latar muzik berirama dangdut dalam sebuah video ketika di Mekah.
Menerusi video tersebut, Candy, 32, sedang khusyuk berdoa di hadapan Kaabah dalam keadaan hujan namun lagu Eta Teranglah nyanyian Mila pula dilihat tidak sesuai.
Memetik laporan mStar, pada bahagian kapsyen video tersebut, Candy memohon rezeki yang luas dan berkat daripada Allah SWT sambil meminta warga maya mengaminkan doa tersebut.
“Ya Allah berikanlah rezeki yang banyak, warga maya aminkan ya,” tulisnya.
Tindakan Dinar menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga maya yang merasakan pemilihan muzik tersebut tidak patut didengarkan dengan visual di tanah suci.
Namun di sebalik kritikan, Dinar turut menerima komen positif yang mendoakan dia diberikan hidayah menutup aurat dengan sempurna selepas pulang dari Mekah.
“Kenapa lagunya seperti ini, tidak sesuai. Mahu buat content atau beribadah?
“Mudah-mudahan selepas pulang dari Tanah Suci, kamu dapat menutup aurat dan tidak lagi menayangkan badan,” komen warga maya. – Agensi