Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipaksa keluar dari tandas pesawat, penumpang saman United Airlines

    NEW YORK, 23 MAC – Seorang penumpang pesawat telah memfailkan saman terhadap United Airlines dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) selepas mendakwa seorang juruterbang syarikat penerbangan itu memaksanya keluar dari tandas pesawat ketika mengalami sembelit, menyebabkan alat sulitnya terdedah kepada penumpang lain.

    Yisroel Liebb, dari New Jersey, dalam tuntutan mahkamah persekutuan yang difailkan minggu ini, menyatakan bahawa pegawai keselamatan AS membawanya pergi dalam keadaan bergari sebaik sahaja pesawat dari Tulum, Mexico, mendarat di Houston.

    Liebb dan seorang lagi penumpang pesawat, Jacob Sebbag, juga mendakwa juruterbang pesawat tersebut mengeluarkan kenyataan menghina agama mereka.

    Akibat insiden itu, mereka terlepas penerbangan sambungan ke New York dan ditahan oleh pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP), yang menggari mereka, menggeledah bagasi mereka dan menahan mereka dalam sel tahanan.

    Jurucakap CBP, Hilton Beckham, mengesahkan pegawainya bertindak berdasarkan laporan gangguan dalam penerbangan atas permintaan syarikat penerbangan. – AP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda