Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara 18 bulan jual barang curi

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Mahkamah Majistret, kelmarin, telah menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah terhadap dakwaan menjual barang curi.

    Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Morsidi bin Haji Ya’akub, 35, yang didakwa membantu seorang lagi dalam menjual barang-barang curi.

    Timbalan Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli dalam pendakwaan turut menjelaskan bahawa defendan telah menjual satu komputer riba yang dicuri kepada seorang pembeli di STKRJ Telisai, Tutong sekitar bulan ini.

    Sekitar Julai 2019, defendan juga telah menjual satu set rim sport kepada seorang pembeli di Kampung Sengkarai, Tutong.

    Defendan telah mengaku bahawa dia mengetahui bahawa barang-barang berkenaan dicuri oleh kenalannya yang meminta bantuan defendan untuk menjual barang-barang tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda