Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Dipenjara 3 tahun sebabkan kematian George Floyd

    WASHINGTON, 22 SEPT – Bekas pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian lelaki kulit hitam Amerika, George Floyd, lapor Xinhua.

    Lane pada Mei lepas mengaku salah membantu dan bersubahat membunuh tanpa niat. Dia juga didapati bersalah pada Februari, bersama dua lagi bekas anggota polis Minneapolis, dengan pertuduhan hak sivil persekutuan, berhubung kematian Floyd.

    Lane sedang menjalani hukuman penjara dua setengah tahun di penjara persekutuan di Littleton, Colorado.  Sebagai sebahagian daripada tawaran rayuan beliau bagi pertuduhan itu, Lane akan jalani hukuman itu serentak di penjara persekutuan itu.

    Floyd, 46, terbunuh pada 25 Mei 2020, selepas rakan setugas Lane, Derek Chauvin, menghimpit lehernya lebih sembilan minit.

    Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun ke atas Chauvin pada awal musim panas lepas kerana melanggar hak sivil Floyd.

    Kematian Floyd mencetuskan kemarahan dan bantahan besar-besar-an di seluruh AS pada musim panas 2020 disebabkan kekejaman dan sikap perkauman polis.  – Bernama

    Gambar serahan pejabat Syerif Minnesota menunjukkan Thomas Lane, yang dijatuhi hukuman 3 tahun kerana menyebabkan kematian George Floyd. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...