Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara 32 bulan padah guna dokumen palsu, tunai cek syarikat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Seorang wanita tempatan yang disabitkan atas 13 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen, telah dijatuhi hukuman penjara 32 bulan, kelmarin.

    Norafizah binti Hapni meminta untuk dibicarakan terhadap pertuduhan itu dan didapati bersalah oleh Mahkamah Perantaraan. Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu tanpa keraguan munasabah.

    Kes pendakwaan mendedahkan bahawa defendan, yang sebelum ini merupakan kakitangan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), telah menunaikan cek bank atas nama AITI dengan jumlah di bawah $60,000 antara Januari hingga Ogos 2015.

    Sementara itu, defendan diwakili oleh Messrs Ridzlan Lim Advocates & Solicitors.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda