Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara 33 tahun, 20 sebatan liwat anak saudara lelaki

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 20 kali sebatan selepas didapati bersalah meliwat dua orang anak saudara lelakinya yang masih di bawah umur.

    Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin menjatuhkan hukuman itu pada 2 Oktober lalu selepas memutuskan bahawa defendan bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual. Semasa perbicaraan, defendan menafikan semua pertuduhan dan menyoal saksi-saksi pendakwaan tentang kekurangan bukti mereka, selain daripada keterangan mangsa.

    Saksi-saksi, kecuali mangsa A dan mangsa B, mengakui mereka tidak mempunyai bukti langsung, yang diakui mahkamah adalah tipikal dalam kes kesalahan seksual di mana mangsa-mangsa selalunya menjadi saksi mata sahaja.

    Pesuruhjaya Kehakiman juga memutuskan bahawa tiada sebab atau motif bagi pengadu atau keluarga mangsa untuk mereka-reka keterangan mereka, menekankan bahawa keterangan daripada mangsa A dan mangsa B tidak dipaksa.

    Beliau seterusnya menyatakan bahawa kedua-dua mangsa, bersama-sama saksi pendakwaan lain, adalah boleh dipercayai.

    Defendan sendiri telah mengakui adalah luar biasa bagi kanak-kanak lelaki semuda mangsa A dan mangsa B untuk memberikan cerita terperinci sedemikian terhadap bapa saudara mereka.

    Gambar Freepik

    Mahkamah mendapati keterangan mereka adalah benar berdasarkan pengalaman langsung mereka.

    Pertuduhan pertama membabitkan insiden pada 2020 di mana defendan melakukan persetubuhan yang bertentangan de-ngan aturan fitrah dengan mangsa A, yang ketika itu berusia di bawah 14 tahun. Pertuduhan kedua berkaitan kesalahan serupa yang dilakukan pada 2019 terhadap mangsa B, yang juga remaja bawah umur.

    Selain membuktikan kes di luar keraguan munasabah mahkamah, Pegawai Pendakwa Ahmad Firdaus Mohammad mengemukakan hukuman yang telah diambil kira oleh mahkamah.

    Dalam menjatuhkan hukuman itu, Pesuruhjaya Kehakiman menekankan tahap keterukan jenayah, dengan mengambil kira kepentingan awam yang kukuh dalam menghalang kesalahan seksual yang melibatkan mangsa muda.

    Beliau menekankan kepentingan melindungi masyarakat, terutamanya kanak-kanak, daripada pemangsa seksual, dan menekankan bahawa hukuman itu akan menjadi penghalang kepada bakal pesalah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda