Sunday, November 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara 8 bulan, ‘lelong’ kereta abang ipar tunang

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Satu video TikTok yang membawa kepada kes pembongkaran seorang lelaki tempatan sehingga membawanya kepada hukuman penjara lapan bulan berikutan pengakuan bersalahnya kerana menyalahgunakan harta pada Rabu lalu.

    Majistret Syaffina binti Shahif mendengar bahawa Mohamad Syazwan bin Mohd Daud, 37, telah menjual dua buah kereta milik abang ipar tunangnya.

    Pendakwa Raya Radin Wafri bin Radin Sufri seterusnya mendedahkan bahawa pemilik kedua-dua kereta itu telah meminta bantuan defendan untuk menyimpan kereta tersebut di rumahnya disebabkan tiada lagi ruang di kediaman pemilik.

    Defendan bersetuju, menyebabkan mangsa memberitahu anak saudaranya untuk menghantar kereta ke rumah defendan pada Oktober dan Disember 2022.

    Pada 7 Oktober, anak saudara mangsa menghubungi ibu saudaranya untuk memberitahu bahawa dia telah melihat orang yang tidak dikenali dengan salah sebuah kereta yang dihantarnya ke rumah defendan.

    Anak saudara mangsa kemudian pergi untuk memeriksa kereta di rumah defendan, dan mendapati ia hilang, yang mana defendan mengesahkan bahawa ia telah ditarik oleh pemungut besi buruk.

    Meragui penjelasan defendan, anak saudara mangsa memberitahu bapa saudaranya, menyebabkan mangsa membuat laporan polis dan defendan akhirnya ditangkap.

    Siasatan mendapati defendan telah menjual kedua-dua buah kereta itu pada harga $100 dan $850 kepada dua orang pembeli pada tahun ini.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda