Friday, March 14, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara akibat tinggal tanpa pas sah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Seorang lelaki warga India yang menawarkan khidmat ‘angkat barang’ dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memasuki dan tinggal di negara ini tanpa pas yang sah.

    Muhamed Nazeer Abdul Azeez, 49, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

    Dia diberkas di Skim Perumahan Kampung Pandan 7, Kuala Belait pada 23 Julai 2017 oleh anggota penguatkuasa imigresen yang menerima maklumat mengenai tertuduh yang mengetuk pintu-pintu rumah di kawasan tersebut untuk tujuan menawarkan khidmat pengangkutan perabot.

    Tertuduh ketika itu mengemukakan kad pengenalan warga Indonesia kepada anggota penguatkuasa berkenaan.

    Tertuduh terus dibawa untuk siasatan, yang mana dia kemudian mengemukakan pasport miliknya yang disimpan dalam poket seluar.

    Pegawai Pendakwa Imigresen, Haji Sufri bin Amadi memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh ketika disoal siasat mengaku memasuki negara ini melalui Pos Kawalan Imigresen Merapok, Lawas namun sistem pangkalan data imigresen tidak mempunyai rekod mengenai kemasukan tertuduh ke negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda