Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara, bunuh pelancong Switzerland

    BANGKOK, 16 MAC – Seorang lelaki Thailand telah dipenjara seumur hidup kerana merompak dan membunuh seorang pelancong Switzerland yang mayatnya ditemui dekat air terjun di pulau peranginan.

    Mayat Nicole Sauvain-Weisskopf, 57, ditemui di pulau Phuket, di mana dia berkunjung di bawah skim pembukaan semula Thailand kepada pelancong selepas sekatan perjalanan COVID-19 dilonggarkan.

    Sebuah mahkamah di Phuket kelmarin menyatakan Theerawut Tortip bertemu Sauvain-Weisskopf di air terjun dengan niat untuk merogolnya, namun sebaliknya membunuh dan mencuri wangnya, kata jurucakap pengadilan.

    Theerawut mengaku membunuh, menyembunyikan mayat dan merompaknya.

    “Dengan semua tuduhan itu, mahkamah memerintahkan defendan untuk dipenjarakan seumur hidup,” kata jurucakap perkhidmatan mahkamah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda