Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPTEMBER – Kes yang melibatkan dua lelaki tempatan yang dikaitkan dengan kejadian kecurian dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam.
Adli bin Awang Abdullah, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan manakala Mohamad Zul Sahrin bin Jumat, 31, menafikan pertuduhan itu.
Kedua-dua defendan menghadapi pertuduhan mencuri motosikal Honda MSX125 ‘grom’ dari sebuah rumah di Salambigar pada awal pagi 20 Ogos.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.