Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara kerana gagal bayar denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Seorang wanita yang diberi tempoh sehingga 30 Mei lalu untuk membayar denda $2,700 atas kesalahan memiliki barang seludup, terpaksa meringkuk di penjara setelah gagal membayar denda itu.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Merdiana binti Haji Dunglah, 31, untuk menjalani hukuman dua bulan penjara, bermula hari ini.

    Tertuduh didapati memiliki sembilan karton rokok serta tiga botol dan 12 tin minuman keras yang disembunyikan di dalam kereta yang dipandu rakannya ketika ditahan untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah pada 28 Januari 2014 kira-kira jam 9:48 malam.

    Tertuduh mengaku membeli barang tegahan itu di Limbang, untuk dirinya.

    Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh dikeluarkan waran tangkap apabila didapati gagal membayar denda dalam tempoh lima bulan yang diberikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda