Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seorang warga tempatan berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun lapan bulan dan tiga kali sebatan pada Selasa lalu, kerana melakukan serangan seksual terhadap adik lelaki angkatnya yang berusia 13 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Ahmad Ghazali berkata, kes itu terbongkar apabila budak lelaki itu memberitahu kakaknya pada 31 Julai lalu tentang perbuatan seksual yang dilakukannya dengan defendan, yang namanya dirahsiakan untuk menjaga privasi mangsa.
Laporan polis telah dibuat, yang membawa kepada penahanan defendan pada hari yang sama, Hakim Mahkamah Perantaraan Harnita Zelda Skinner mendengarnya.
Siasatan mendapati defendan datang untuk mengambil mangsa dari sekolah pada petang 26 Julai, dan serangan seksual berlaku selepas defendan memandu ke suatu tempat dan meletakkan kenderaannya bagi mengasingkan diri.
Mahkamah juga mendengarkan bahawa defendan telah menjadi anak angkat secara tidak rasmi oleh bapa mangsa, semasa mangsa masih kecil.
Terdahulu, semasa membuat pengakuan, defendan menafikan pertuduhan yang mendakwa dia meliwat mangsa pada tahun 2015.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P1-A-Freepik_11082023.jpg)