Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara sentuh dasar kerajaan di FB

    HANOI, 28 APRIL – Vietnam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang lelaki 24 tahun hari ini berikutan dengan tulisan yang dikongsikannya di dalam media sosial yang dianggap bertentangan dengan dasar kerajaan.

    Facebook sangat popular di Vietnam dan sering digunakan sebagai alat untuk aktivis dan orang awam menyebarkan berita.

    Phan Cong Hai, 24, menggunakannya untuk memberi sokongan kepada aktivis yang dipenjara dalam tunjuk perasaan terhadap pemerintah menangani pembuangan toksik pada 2016, serta isu kontroversi lain.

    Sebuah mahkamah di wilayah Nghe An tengah menjatuhkan hukuman hari ini ke atas paparan yang dikongsikan Phan yang dianggap bertentangan dengan parti dan negara itu, lapor People’s Newspaper yang dikendalikan oleh kerajaan.

    Kandungan yang disiarkan adalah “bertentangan dengan dasar parti dan negara”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda