Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara setahun terlibat beli barangan curi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang lelaki tempatan setelah disabitkan bersalah atas enam pertuduhan di bawah Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah.

    Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mendapati kes Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh terhadap Mohammad Nasrul Hakimin bin Haji Amin, 35, berjaya meyakinkan mahkamah semasa perbicaraan. Peguam bela Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad memohon hukuman dikekalkan, namun ditolak mahkamah.

    Sheikh Noordin, selain membalas hujahan pendakwaan, turut merayu hukuman dijatuhkan bukan dalam bentuk tahanan disebabkan tertuduh bukan pesalah berulang meskipun berdepan pertuduhan Perintah Pemulihan Aset Jenayah yang serius.

    Dalam menjatuhkan hukuman berbentuk tahanan, mahkamah mengambil kira pertuduhan serius terutama atas kenyataan bahawa tertuduh meminta untuk menjalani perbicaraan bagi pertuduhan tersebut.

    Mahkamah dalam menyabitkan pendakwaan bersandarkan pada bukti yang mana tertuduh mengetahui atau sebab-sebab untuk mengesyaki atau gagal memastikan bahawa barangan dimiliki tertuduh itu diperolehi daripada kegiatan jenayah.

    Tertuduh gagal membuktikan dirinya tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut yang menyatakan bahawa dia telah berurusan bagi projektor BenQ berserta begnya, Sony PSP Vita, 13 cermin mata hitam berjenama dan lima cermin mata hitam yang lain berserta kasing antara 1 Jun dan 29 Julai 2019.

    Beliau kemudian berurusan bagi 15 keping kad tambah nilai telefon bimbit yang masing-masing bernilai $10 antara 19 Jun dan 29 Julai 2019.

    Antara 24 Jun dan 29 Julai 2019, tertuduh berurusan dengan enam jam tangan mewah, lima jam tangan berjenama dan wang kertas iaitu dua keping 10,000 riel Kemboja, lima keping 1,000 riel Kemboja, 17 keping 500 riel Kemboja, lapan keping 100 riel Kemboja, satu keping 10,000 peso Colombia, lima keping 1,000 peso Colombia, satu keping 10 peso Cuba, satu keping 1 peso Cuba, satu keping 5000 kip Laos dan satu keping AS$1.

    Tertuduh memiliki sebuah kedai cube di kawasan komersial dan mula berurusan dengan seorang lelaki Malaysia bernama Ferry Pengiran sejak Jun 2019 di mana dia mengumpulkan semua harta benda yang tercemar sejak itu.

    Tertuduh dalam pembelaannya mengatakan bahawa dia tidak mempunyai alasan untuk mengesyaki Ferry Pengiran menjual barangan curi kepadanya.

    Walau bagaimanapun, dalam proses perbicaraan, kes pendakwaan mendedahkan kepada mahkamah keadaan sebaliknya, di mana tertuduh telah tawar-menawar dengan Ferry Pengiran untuk menyetujui pembayaran yang sangat rendah bagi jam tangan mewah.

    Mahkamah juga menemukan dalam bukti pendakwaan bahawa urusan perniagaan antara tertuduh dan Ferry Pengiran sangat menimbulkan keraguan apabila Ferry Pengiran harus membuang beberapa gambar dikirimkannya kepada tertuduh melalui WhatsApp dan fakta bahawa tindakan tersebut tidak me-nimbulkan keraguan kepada tertuduh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda