Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dipenjara seumur hidup bunuh adik perempuan

    BERLIN, 17 FEB – Sebuah mahkamah Jerman semalam menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas dua adik-beradik warga Afghan kerana membunuh saudara perempuan mereka yang dikatakan menjalani gaya hidup ‘moden’.

    Mangsa, ibu kepada dua anak dan berusia 34 tahun, dikenal pasti sebagai Maryam H., ditemui ditanam di sebuah bukit di kawasan selatan Jerman Bavaria beberapa minggu selepas hilang dari rumahnya di Berlin pada Julai 2021.

    Gambar keselamatan di stesen kereta api menunjukkan adik-beradik, Yousuf dan Mahdi H., menaiki kereta api dari Berlin ke Bavaria pada masa Maryam H hilang, sambil mengheret beg pakaian berat yang dipercayai mengandungi mayatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda