Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Diplomat Hungary dilantik presiden baharu perhimpunan agung PBB

    NEW YORK, 8 JUN – Diplomat Hungary, Csaba kelmarin dilantik sebagai presiden baharu sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

    Korosi dipilih sebulat suara pada sidang pleno Perhimpunan Agung susulan pencalonannya tidak dicabar mana-mana pihak, lapor Xinhua.

    Beliau akan memulakan tugas baharunya pada September 2022, menggantikan Presiden sekarang Abdulla Shahid dari Maldives. Korosi dalam ucapannya menyenaraikan lima keutamaan di bawah pimpinannya antaranya berpegang teguh pada prinsip asas Piagam PBB seperti membuat kemajuan yang ketara dalam transformasi kemampanan serta meningkatkan perpaduan bagi menangani krisis dihadapi dunia dengan lebih baik.

    “Kita sedang berdepan krisis makanan, tenaga dan hutang global yang saling berkait manakala krisis air dilihat bakal menjadi ancaman yang akan berlaku seterusnya. 

    “Oleh itu, kita harus mencari penyelesaian bersepadu,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...