Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diplomat Rusia ucap selamat tinggal

    WASHINGTON, 1 April – Ahli diplomat Rusia yang disingkirkan oleh Amerika Syarikat selepas serangan agen saraf ke atas bekas perisik di Britain mula meninggalkan kedutaan di Washington kelmarin petang, sekali gus mengucapkan selamat tinggal.

    Kira-kira 50 orang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak meninggalkan kedutaan selepas 1 petang waktu setempat dengan menaiki bas biru yang dipercayai menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles.

    Muzik dimainkan dan sekumpulan orang mengucapkan selamat tinggal.

    Bas kedua dijangka meninggalkan tapak kedutaan yang mempunyai pemandangan menghala ke Rumah Putih, Pentagon dan beberapa bangunan kerajaan Amerika Syarikat.

    Beberapa keluarga yang membawa bagasi dan beg pakaian yang sebahagian dimuatkan ke dalam bas dengan bantuan jentera pengangkutan.

    Duta besar Rusia ke Amerika Syarikat, Anatoly Antonov memberitahu kepada wartawan bahawa “kesemua ahli diplomat yang mengisytiharkan ‘persona non grata’ pulang bersama ahli keluarga mereka” semalam.

    Sejumlah 171 orang akan meninggalkan negara itu, menurut laporan agensi berita TASS yang memetik kenyataan Antonov.

    Kerajaan Rusia menyediakan dua kapal terbang dan salah sebuah daripada kapal terbang itu akan membuat hentian sekejap di New York untuk membawa 14 keluarga yang lain, tambahnya.

    Minggu ini Washington ikut serta dengan sekutu-sekutu Britain untuk menyingkirkan diplomat Rusia bagi memberi respons kepada serangan tersebut yang menyebabkan lebih 150 diarahkan untuk keluar dari Amerika Syarikat, ahli-ahli Kesatuan Eropah, negara-negara NATO dan beberapa negara yang lain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda