Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diplomat tertinggi China adakan lawatan ke India

    NEW DELHI, 18 OGOS – Diplomat tertinggi China tiba di negara jiran, India hari ini, dengan tujuan untuk memperkukuh hubungan yang sering tegang di tengah tekanan dan tarif tinggi daripada Amerika Syarikat (AS).

    Menteri Luar China, Wang Yi, dijadualkan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Subrahmanyam Jaishankar, dan juga dijangka bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi, sepanjang lawatan tiga hari ke New Delhi. Menurut media India, Modi mungkin turut mengadakan lawatan ke China pada bulan ini.

    Kementerian Luar India dalam hantaran media sosial menyatakan, ‘pertemuan penting Wakil Khas India-China serta rundingan mengenai hubungan dua pihak’ dijadualkan dalam tempoh dua hari akan datang.

    Kedua-dua negara yang mempunyai populasi terbesar di dunia itu merupakan pesaing sengit yang berebut pengaruh di seluruh Asia Selatan dan pernah terlibat dalam pertempuran sempadan yang membawa maut pada tahun 2020.

    Namun, berikutan pergolakan perdagangan dan geopolitik global yang dicetuskan oleh perang tarif Presiden AS, Donald Trump, kedua-dua negara telah berusaha memperbaiki hubungan.

    Pembukaan semula perdagangan sempadan di sepanjang sempadan Himalaya yang bersalji tinggi dan dijangka menjadi agenda utama lawatan Wang.

    India merupakan sebahagian daripada pakatan keselamatan Quad bersama AS, Australia dan Jepun, yang dilihat sebagai usaha menyeimbangi pengaruh China.

    Pemulihan hubungan China-India berlaku ketika hubungan New Delhi dan Washington berada dalam keadaan tegang. – AFP

    Wang Yi semasa membuat perjumpaan bersama salah seorang wakil dari India di Beijing, China pada 24 Jun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda