Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diplomat tertinggi China bakal temui Trump

    BEIJING, 27 Feb – Diplomat tertinggi China akan melawat Amerika Syarikat pada minggu ini, menjadi pegawai China peringkat tertinggi yang mengadakan lawatan sejak Presiden Donald Trump dipilih.

    Ahli Majlis Perbandaran Yang Jiechi akan bertemu dengan pegawai kanan Amerika pada hari ini dan esok untuk membincang hubungan dua hala dan isu biasa, umum kementerian luar negeri lewat semalam.

    Hubungan AS-China telah terjejas disebabkan kritikan Trump mengenai pengendalian Korea Utara oleh Beijing dan dasar perdagangannya serta persoalan Washington tentang dasar ‘Satu China.’

    Agensi berita Xinhua mengesahkan Yang akan menjadi pegawai kanan China pertama yang melawat AS sejak Trump menjadi presiden.

    Gambar fail pada 27 Jun 2016 menunjukkan Yang Jiechi bercakap pada sidang kerjasama dengan Menteri Luar Vietnam Pham Binh Minh di Hanoi, Vietnam. Yang akan melawat Amerika Syarikat pada minggu ini, menjadi pegawai China peringkat tertinggi yang mengadakan lawatan sejak Presiden Donald Trump dipilih. – AP
    Gambar fail pada 27 Jun 2016 menunjukkan Yang Jiechi bercakap pada sidang kerjasama dengan Menteri Luar Vietnam Pham Binh Minh di Hanoi, Vietnam. Yang akan melawat Amerika Syarikat pada minggu ini, menjadi pegawai China peringkat tertinggi yang mengadakan lawatan sejak Presiden Donald Trump dipilih. – AP

    Perkara paling penting dalam agenda adalah pengaturan mesyuarat di antara Trump dan Presiden China Xi Jinping, beritahu penyelidik di Institut Kajian Antarabangsa China kepada Xinhua. Masih tidak jelas bila kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan pertama mereka, kata Tao Wenzhao, pakar mengenai hubungan China-AS di Akademi Sains Sosial China (CASS). Beliau berkata adalah penting untuk ekdua-dua negara mengatasi beberapa isu yang telah membelenggu mereka.

    “Mengenai lawatan ini,adalah penting untuk kedua-dua pihak mengembang perhubungan mereka,” beritahunya kepada AFP.

    Mereka “akan mengadakan perbincangan mengenai pelbagai masalah global dan mencapai satu kata sepakat. Berdasarkan agenda tersebut, pemimpin kedua-dua negara boleh bertemu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda