PAPAR, 19 OGOS – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperluas direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) ke seluruh daerah dan negeri dalam usaha membantu menangani kes melibatkan komuniti setempat seperti penderaan, pengabaian dan keganasan. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata direktori CBO diperkenalkan pada Februari lepas telah dilancarkan di enam negeri setakat ini

