Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disahkan mandul paling menyedihkan hidup Michelle Yeoh

    Terpaksa menerima hakikat tidak mampu hamil merupakan perkara paling menyedihkan buat pelakon Tan Sri Michelle Yeoh.

    Memetik laporan The Times, Michelle, 62, menyedari masalah kesihatan itu selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan Dickson Poon pada tahun 1988.

    Meskipun perkahwinan mereka tidak bertahan lama, Michelle berkata sehingga kini dia masih lagi bergelar ibu angkat kepada enam orang anak Poon.

    “Mungkin ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri.

    “Namun apa yang bermakna saya memiliki enam anak angkat dan anak saudara yang ramai,” katanya.

    Dalam pada itu, Michelle mengakui kesukaran mendapatkan zuriat menjadi antara punca rumah tangganya bersama Poon gagal.

    Tiada penyesalan, Michelle sebaliknya akur dengan takdir dan yakin mereka sudah pun melakukan yang terbaik sepanjang perkahwinan.

    “Saya tak mahu hubungan kami menjadi teruk selepas 10 tahun, sebab itu saya perlu belajar untuk melepaskan dan teruskan kehidupan.

    “Saya tidak hidup dalam penyesalan kerana sudah memberikan 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun mungkin ia tidak mencukupi,” ujarnya.

    Untuk rekod, Michelle mendirikan rumah tangga bersama Poon pada 1988 namun memutuskan untuk berpisah pada 1992.

    Bintang Hollywood itu kemudian berkahwin buat kali kedua bersama usahawan Jean Todt pada Julai tahun lalu selepas hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta. – Agensi

    Michelle menganggap mandul merupakan perkara paling sedih dalam hidupnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda