Sunday, January 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disangka jeritan hantu, lelaki terperangkap dalam perigi 3 hari

    THAILAND, 12 DIS – Seorang lelaki berusia 22 tahun terperangkap selama tiga hari di dalam sebuah perigi yang mempunyai kedalaman 12 meter kerana penduduk kampung yang mendengar jeritannya meminta pertolongan menyangka itu suara hantu meratap dan tidak berani mendekati perigi berkenaan.

    Menurut laporan Oddity Central, ia masih tidak jelas apa yang dilakukan oleh Liu Chuayi, seorang warganegara China, di hutan yang terletak di sempadan antara Thailand dan Myanmar, dan bagaimana dia boleh terjatuh ke dalam perigi terbiar di pinggir sebuah kampung kecil itu.

    Pihak berkuasa percaya dia berjalan melalui hutan apabila dia jatuh ke dalam lubang sedalam 12 meter, mengalami kecederaan serius, termasuk patah pergelangan tangan dan gegaran otak.

    Pada mulanya, dia mula menjerit meminta pertolongan sekuat mungkin, tetapi selepas beberapa jam, dia menyedari bahawa dia akan cepat kehabisan tenaga dan mengurangkan peluangnya untuk diselamatkan.

    Dia kemudian menghabiskan tiga hari dan tiga malam di dasar telaga, tanpa makanan atau air, dan jika dia tidak menyimpan tenaganya, dia mungkin akan mati di sana.

    Liu Chuanyi mula menjerit meminta pertolongan hanya sekali setiap jam untuk menyimpan tenaganya.

    Liu akhirnya berjaya diselamatkan selepas seseorang membuat melaporkan kepada polis mengenai bunyi aneh yang datang dari hutan, dan ketika mereka menyiasat kawasan itu mereka telah menjumpai perigi tersebut.

    Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit. – Agensi

    Para pegawai penyelamat melakukan misi mengeluarkan Liu Chuayi dari perigi selepas terperangkap di dalamnya selama tiga hari. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda