Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Disiplin diri ‘pam’ mangkuk tandas

    Saya fikir sikap sambil lewa membiarkan mangkuk tandas tidak dipam selepas digunakan hanya berlaku semasa zaman persekolahan akan tetapi berlaku juga di pejabat.

    Adakah hal ini disebabkan oleh masalah pam yang telah rosak atau tamat tempoh, ataupun kerana masalah disiplin individu itu sendiri?

    Justeru itu, sebelum awda keluar dari tandas, pastikan mangkuk tandas telah dipam dan tandas ditinggalkan dalam keadaan bersih.

    Sikap membiarkan mangkuk tandas tanpa dipam setelah digunakan merupakan tindakan yang tidak sopan dan menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap orang lain yang menggunakan tandas berkenaan secara bersama.

    Sisa dalam tandas seperti najis bukan saja mengganggu pandangan, tetapi juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ia boleh menyebabkan rasa loya, menimbulkan kemarahan bagi pengguna seterusnya.

    Di samping itu, ia juga boleh menjadi punca penyebaran bakteria dan penyakit menerusi pencemaran udara.

    Perkara tersebut bukanlah isu kecil kerana ia berkait rapat dengan kebersihan, kesihatan dan nilai murni dalam masyarakat. Tindakan kecil dengan menekan butang pam menunjukkan keprihatinan kita terhadap orang lain dan menunjukkan tahap sivik yang tinggi.

    J. Eko

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...