Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disiplin, komitmen resipi berjaya

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 12 JULAI – Disiplin, komitmen dan cara berfikir menjadi asas penting untuk para belia berjaya dalam mencapai apa yang dimahukan dalam hidup, terutamanya dalam memulakan perniagaan, kerana ia bukannya mudah dicapai dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi.

    Perkara itu dikongsi oleh Richard Go (gambar bawah), seorang usahawan yang juga guru di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) ketika memberi tip kepada para belia dan penyokong keusahawanan semasa taklimat keusahawanan kecil sebagai pendapatan sampingan yang diadakan di Kampung Pandan, baru-baru ini.

    Taklimat itu bertujuan untuk berkongsi pengetahuan terutamanya kepada mereka yang baharu menamatkan pengajian dan mencari pekerjaan tentang pelbagai kaedah untuk menjadi seorang usahawan serta kemahiran diperlukan yang boleh membuahkan hasil.

    Richard Go dalam taklimatnya turut mengongsikan pengalaman peribadinya dan kisah serta perjalanan usahawan lain yang dihadapi mereka dalam memulakan perniagaan di mana ramai yang berjaya atas usaha sendiri sama ada sepenuh masa mahupun sambilan dengan menekankan pentingnya disiplin dalam mencapai matlamat dan terus cekal serta tidak putus asa dalam menghadapi cabaran.

    Beliau turut menasihatkan generasi muda untuk merebut peluang dan mempelbagaikan jangkaan mereka dan tidak membandingkan dengan kehidupan normal masa lalu terutama ketika berdepan situasi mencabar masa kini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda