Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diskaun 20% Semua Tempat Duduk, Semua Penerbangan; Rancang perjalanan awda dari Brunei ke Kuala Lumpur atau Jakarta bersama AirAsia

    Sama ada awda seorang pengembara, penggemar makanan, peneroka budaya, peminat sejarah atau pencinta alam semula jadi, melancong adalah tiket ke dunia penemuan yang mampu memperkayakan pengetahuan awda.

    Setiap kali awda melancong, pasti wujudnya benda baharu yang membuka mata awda. Melancong bukan sekadar bercuti atau bersiar-siar kerana ia mampu memberi pengalaman berharga dan mencipta kenangan yang istimewa. Ini termasuk menyelami budaya asing, merasai makanan tempatan dan menjalin pertemanan baharu.

    Perjalanan awda adalah perencana terbaik

    Setiap penerbangan yang mendarat di tempat asing selepas menyeberangi sempadan dan lautan merupakan permulaan cerita perjalanan awda.

    Dah lama terpendam ingin melancong ke luar negara? Mungkin awda sentiasa dibelenggui kesibukan dan kesuntukan masa untuk merancang? Jangan risau! Banyak tempat menarik serantau menanti lawatan awda.

    Giliran awda pergi jalan-jalan dan makan angin sebenarnya bermula dari saat ini! Perancangan dari segi tempahan penerbangan, perkhidmatan pengangkutan awam, hotel dan aktiviti pelancongan – kesemuanya dapat diatur dengan mudah dan cepat melalui hujung jari awda.

    Awda boleh bermula dengan lawatan dari Bandar Seri Begawan ke Kuala Lumpur atau Jakarta sebagai permulaan. Untuk perencanaan yang berikutnya, sama-sama kita buka mata menjelajah Kuala Lumpur.

    Terokai keistimewaan budaya warga Kuala Lumpur

    Ibu kota Malaysia diwarnai kepelbagaian budaya dan makanan menarik dengan penampilan pencakar langit yang ditemani mercu tanda bersejarah pada masa yang sama. Selain menonjolkan ciri-ciri moden dan lama, Kuala Lumpur turut dilengkapi dengan ruang hijau yang mudah diakses.

    Sebagai bandar raya terbesar dan pintu masuk ke Malaysia yang memiliki kelebihan lokasi strategik, Kuala Lumpur menyambut pelawat dari seluruh dunia termasuk warga Brunei, sepanjang tahun.

    Kuala Lumpur mempamerkan identiti keseluruhan Malaysia yang diwarisi pelbagai kaum dan budaya. Kekayaan sejarah sebegini menjadikannya sebuah destinasi bercuti dan “cari makan” yang beraneka ragam. Sudah tentunya, makanan tempatan merupakan tarikan istimewa yang wajib dicuba.

    Kewujudan etnik berlainan bermakna bandar yang bertenaga ini sentiasa diserikan dengan makanan Melayu, Cina, India, Nyonya dan sebagainya. Keistimewaan ini akan memperkasakan kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah hab makanan yang menggambarkan identiti serta budaya masyarakat setempat.

    Terdapat banyak pilihan yang sedap dan mesra poket seperti Nasi Lemak (makanan tradisional Melayu), Char Koay Teow (hidangan Cina yang popular), dan Nasi Daun Pisang (berasal dari India), bergantung pada cita rasa awda. Makanan Nyonya dengan unsur Melayu-Cina juga wajib dicuba.

    Selain makanan jalanan dan hidangan restoran bajet biasa orang tempatan, Kuala Lumpur turut menyajikan santapan bajet tinggi di restoran dan hotel mewah bagi mereka yang berkemampuan.

    Nikmati “skyview” yang menakjubkan

    Bagi pelancong, lawatan ke Kuala Lumpur dianggap tidak langkap tanpa mengambil gambar Instagram Menara Berkembar Petronas KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

    Jadi, pastikan awda berkunjung ke dek pemandangan “Sky Bridge” yang menyambungkan dua menara KLCC untuk tatapan dari atas yang cukup luar biasa, menjangkaui vista pusat bandar Kuala Lumpur betul-betul di hadapan mata awda.

    Awda boleh menggandakan keseronokan meneroka langit dengan kunjungan ke “Sky Deck” Menara KL untuk pemandangan 360 darjah dari atas yang pasti menakjubkan.

    Kedua-duanya memberikan pengalaman seumur hidup yang istimewa dan sukar dilupakan.

    Merentasi Laut China Selatan dalam masa 2 jam 30 minit sahaja

    Walaupun Brunei dan Malaysia dipisahkan oleh Laut China Selatan yang terbentang luas, namun awda boleh menyeberanginya dalam masa 2 jam 30 minit sahaja!

    Untuk pengetahuan awda, jarak udara antara lapangan terbang Bandar Seri Begawan (BWN) dan Kuala Lumpur (KUL) adalah hampir 1,500 kilometer. Bayangkan, dalam masa kurang daripada tiga jam, awda telah mendarat di Kuala Lumpur.

    Katakan Kuala Lumpur merupakan destinasi permulaan anda dan sekiranya awda ingin melawat ke destinasi lain melampaui Kuala Lumpur seperti Bangkok, Hangzhou, Labuan Bajo, Perth, Tokyo dan sebagainya, awda boleh berbuat demikian dengan mudah dan cepat dengan menggunakan aplikasi AirAsia MOVE!

    Ingin melawat Jakarta?

    Jakarta merupakan salah satu kota terpadat di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 11 juta orang. Sudah pastinya, meneroka bandar raya agung ini memerlukan perancangan teliti bagi melancarkan perjalanan awda.

    Selepas mendarat di Jakarta, pandai-pandailah memanfaatkan sistem pengangkutan awam di sana terutamanya jaringan transit Jakarta MRT untuk melawat destinasi tarikan seperti pusat membeli-belah, bazaar, pasar, mercu sejarah, muzium dan galeri seni.

    Dua tarikan utama yang wajib dilawat adalah Monas (Monumen Nasional Indonesia) dan Kota Tua (kota lama Jakarta dengan tinggalan sejarah jajahan Belanda).

    Monas adalah simbol kebanggaan sejarah Indonesia yang memperingati perjuangan kemerdekaan Indonesia. Monumen yang terletak di Medan Merdeka, pusat bandar Jakarta ini menjulang reputasi seakan-akan Menara Eiffel di Paris. Menampilkan struktur obelisk setinggi 132 meter dengan dek pemandangan di bahagian atas, inilah tempat cuci mata yang cukup istimewa dengan vista ‘megacity’ yang mengagumkan di depan mata awda.

    Medan Merdeka turut merangkumi Istana Presiden dan Muzium Sejarah Nasional Indonesia untuk anda bersiar-siar.

    Lengkapkan jejak sejarah Jakarta anda dengan kunjungan ke Kota Tua di Dataran Fatahillah untuk kembali ke abad ke-17! Banyak tinggalan sejarah penjajahan Belanda tertumpu di sini, terutamanya bangunan kolonial Belanda. Sebahagian daripada bangunan tersebut kini telah diubah menjadi muzium, kafe dan galeri seni. Kota Tua dengan kenangan Batavia (nama lama Jakarta semasa penjajahan Belanda) memang serasi untuk peminat sejarah dan budaya, serta kaki Instagram! 

    Diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan

    Awda dapat menikmati tawaran promosi bagi tempahan yang dibuat mulai hari ini sehingga 16 Mac 2025. Tempoh perjalanan adalah dari sekarang hingga 30 Nov 2025. 

    Seronok, baloi dan memberikan ketersampaian di merata sudut, penerbangan bersama AirAsia meliputi benua Asia, termasuk seluruh Asia Tenggara dan destinasi lebih jauh lagi seperti China, Jepun dan Australia.

    Klik paparan* berikut untuk meneroka keterampilan AirAsia MOVE:

    https://www.airasia.com/en/gb

    *Muat turun dan guna AirAsia MOVE untuk menikmati ganjaran khas ahli termasuk mata ganjaran eksklusif. Selamat berjalan-jalan dan makan angin! 

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda