Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disney hentikan 28,000 pekerja

    LOS ANGELES, 30 SEPT – Disney semalam mengatakan akan mengurangkan 28,000 pekerjaan dari bahagian taman tema di Amerika Syarikat (AS), disebabkan sekatan California yang telah menghalang gergasi resort Disneyland dibuka semula kerana krisis COVID-19.

    Pengurangan itu diperlukan berdasarkan tuntutan penjarakan fizikal dan tekanan permintaan yang disebabkan oleh pandemik itu, serta ketidakpastian bila taman akan pulih, katanya dalam satu kenyataan media.

    “Ia sangat sukar untuk membuat keputusan seperti hari ini, kami percaya bahawa langkah-langkah yang kami ambil akan memungkinkan kami untuk menghasilkan operasi yang lebih efektif dan efisien ketika kami kembali normal,” kata pengerusi Disney Parks, Experience dan Produk, Josh D’Amaro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda