Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disney kurangkan 32,000 pekerja 2021

    LOS ANGELES, 26 NOV – Disney berkata hari ini ia akan mengurangkan 32,000 pekerja pada 2021, terutamanya dari divisyen taman tema Amerika Syarikat (AS), satu pertambahan jumlah daripada pembuangan yang diumumkan pada September.

    Syarikat itu, yang berkata sebelumnya ia akan mengurangkan 28,000 pekerja, telah bergelut dengan pandemik dan sekatan sosial.

    Menurut fail dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, pengurangan pekerja, yang dilaporkan oleh Variety sebagai sebahagian daripada pengumuman bulan September, akan dilakukan pada separuh tahun pertama tahun depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda