Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Disneyland HK dibuka 18 Jun

    HONG KONG, 15 JUN – Disneyland Hong Kong akan dibuka semula pada 18 Jun dengan pengurangan kapasiti dan prosedur keselamatan serta kesihatan yang dipertingkat, lapor agensi berita Xinhua.

    Disneyland Hong Kong ditutup sejak 26 Januari lalu ekoran penularan COVID-19, taman tema Disney yang keenam ditutup.

    Dalam satu kenyataan hari ini Disneyland Hong Kong berkata semasa fasa awal pembukaan semula, pengunjung berusia tiga tahun ke atas perlu membuat tempahan dalam talian dan perlu mengisytiharkan tahap kesihatan.

    Sebelum memasuki taman tema pengunjung perlu menjalani pemeriksaan suhu semasa dan memakai penutup mulut dan hidung. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda