Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dissanayake menang besar dalam p’raya parlimen

    NEW DELHI, 15 NOV – Parti yang dipimpin Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake meraih kemenangan besar dalam pilihan raya, sekali gus memberi dorongan kuat kepada pentadbiran baharunya.

    Gabungan National People’s Power (NPP), juga dikenali sebagai Jathika Jana Balawegaya (JJB), dilaporkan mencatat kejayaan luar biasa berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang berlangsung kelmarin, dan diumumkan hari ini.

    Sebaliknya, pakatan pembangkang Samagi Jana Balawegaya (SJB) ketinggalan jauh di tempat kedua.

    Dissanayake, 55, yang dilantik sebagai Presiden pada September lalu, telah membubarkan badan perundangan 225 anggota itu dan partinya hanya memegang tiga kerusi.

    Kemenangan besar dalam parlimen memberi kelebihan kepada Dissanayake untuk melaksanakan dasar-dasarnya dalam usaha menyokong pemulihan Sri Lanka daripada krisis ekonomi 2022, yang mencetuskan pergolakan politik di negara dengan populasi 22 juta orang itu. – Bernama

    Anura Kumara Dissanayake melambai selepas membuang undi semasa pilihan raya parlimen di Colombo, Sri Lanka, pada 14 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda