Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditahan bawa pil tegahan

    KAHERAH, 21 NOV – Pihak berkuasa berkata seorang lelaki yang berasal dari Teluk Arab yang melakukan perjalanan dari Mesir ke Arab Saudi ditahan di Lapangan Terbang Kaherah kerana didakwa membawa pil tegahan ke negara itu.

    Kenyataan daripada pihak berkuasa lapangan terbang itu hari ini berkata bahawa pegawai keselamatan telah menemui belasan pil tegahan di dalam beg lelaki itu. Mesir merupakan sebuah negara yang mengharamkan pengimportan dan eksport dadah narkotik. Penumpang itu, yang tidak dikenali identitinya, telah membawa bersamanya preskripsi perubatan yang diperlukan dan dia kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengesahkan kondisi kesihatannya.

    Minggu lalu, seorang penumpang Perancis telah ditahan di Lapangan Terbang Kaherah kerana didakwa membawa ribuan pil yang dipercayai digunakan untuk menghilangkan kesakitan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda