MIAMI, 30 SEPT – Seorang penumpang menaiki penerbangan American Airlines yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami membuka pintu kecemasan dan melompat ke bahagian sayap ketika kapal terbang sampai ke terminal, kata pihak berkuasa.
Penerbangan 920 dari Cali, Colombia baru sahaja mendarat di Miami malam semalam apabila kejadian itu berlaku.
“Penumpang berkenaan segera ditahan oleh penguatkuasaan undang-undang.
Kami berterima kasih kepada pegawai penguatkuasaan undang-undang atas tindakan segera dan profesional mereka,” kata syarikat AmericanAirlines dalam satu kenyataan.
WPLG melaporkan insiden itu tidak mengakibatkan penangguhan dan semua penumpang lain boleh meninggalkan pesawat tanpa sebarang masalah. – AP