Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditahan cuba seludup tong gas

    TAWAU, 31 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang lelaki tempatan selepas cuba menyeludup keluar 25 tong gas ke Indonesia menggunakan sebuah bot menerusi laut Muara Sungai Pukul dekat sini, hari ini.

    Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan susulan bot laju membawa barangan seludup itu dipintas bot PPM yang menjalankan rondaan tugas Ops Gelora pada pukul 3:45 petang.

    “Hasil pemeriksaan di ruang bot berkenaan, ditemui 16 tong gas jenama Petronas (RM4,000) dan sembilan tong gas jenama MyGaz (RM2,250) dalam bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda