Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ditahan kerana disyaki bawa senjata api

    LOS ANGELES, 1 OGOS — Pemain pertahanan Los Angeles Clippers, Amir Coffey telah ditangkap baru-baru ini atas tuduhan jenayah senjata api di Hollywood, kata pihak berkuasa.

    Coffey, 26, merupakan penumpang dalam sebuah kenderaan yang dihentikan polis kerana memandu laju sejurus sebelum 2 pagi, menurut Pegawai Polis Los Angeles, Tony Im, jurucakap jabatan.

    Coffey disaman kerana membawa senjata api tersembunyi dalam kenderaan, kata Im. Dia dibebaskan dengan ikatan sendiri dari penjara daerah dengan ikat jamin sebanyak AS$10,000.

    Dia dijadualkan untuk hadir di mahkamah pada 24 Ogos, menurut rekod penjara.

    Pemandu itu pula disaman kerana memandu laju, dan seorang lagi penumpang dituduh bersalah kerana memiliki ganja, kata Im.

    Coffey telah bermain bersama Clippers selama empat musim.

    “Kami sedar tentang situasi undang-undang yang melibatkan Amir Coffey dan sedang menelitinya,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan kelmarin.

    Ada kemungkinan Coffey akan menghadapi sekatan daripada NBA. Liga tersebut lazimnya mengkaji semua perkara berkaitan kelakuan peribadi dan jenayah serta boleh mengeluarkan denda atau penggantungan apabila difikirkan sesuai. – AP

    Coffey melihat semasa permainan bola keranjang NBA di Denver pada 26 Februari. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...