Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditahan salah guna pas imigresen

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 6 DIS – Dua warga asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) semasa Operasi Sakat 164/2023 di Gerai Sayur, Mukim Berakas A, hari ini.

    Menurut JIPK, kedua-dua warga asing berkenaan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15 (3), iaitu tidak mengikut jawatan yang tertera dalam pasport. 

    Sehubungan itu, orang ramai terutama para majikan diingatkan untuk memastikan pas-pas pekerja adalah sentiasa sah dan pekerja masing-masing bekerja mengikut jawatan yang dibenarkan.

    Menjadi satu kesalahan sekiranya didapati menyalahgunakan pas-pas imigresen yang telah diberikan.

    JIPK turut mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi ke hotline jabatan berkenaan di talian 8734888 / 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan Operasi Sakat 164/2023 di Gerai Sayur, Mukim Berakas A kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda