Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditahan seludup emas dalam rektum

    NEW DELHI, 29 SEPT – Seorang penyeludup yang menyembunyi hampir satu kilo emas dalam bentuk pes dalam rektumnya untuk menyeludup logam berharga itu melepasi kastam India telah ditahan, kata pegawai hari ini.

    India ialah pengguna emas kedua terbesar dunia dan pakar berkata penyeludupan telah meningkat dalam beberapa tahun ini, termasuk menukar logam berharga itu dalam bentuk pes. Penyeludup itu ditahan pada Isnin selepas seorang pegawai keselamatan mendapati ‘kehadiran logam dalam rektum badan’ di lapangan terbang Imphal di negeri timur laut Manipur.

    Lelaki itu, yang sedang dalam perjalanan ke New Delhi, ditahan untuk di-soal tetapi ‘gagal memberikan jawapan memuaskan,’ kata anggota keselamatan dalam kenyataan media. Pegawai seterusnya membawanya ke bilik pemeriksaan perubatan di mana sinar-X mendedahkan empat kapsul berisi pes emas dengan berat lebih daripada 900 gram. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda