LOXAHATCHEE, FLORIDA, 25 MEI – 24 anak burung kakak tua berwarna hijau terang itu mula berkicau setiap kali sesiapa menghampiri sangkar besar yang menjadi kediaman burung itu sejak menetas pada Mac.
Burung asli Amerika Tengah, yang dirampas daripada penyeludup di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, sedang dibesarkan oleh Yayasan Konservatori Spesies Unik – usaha sepanjang masa yang termasuk lima penyusuan sehari di dalam bilik yang dipenuhi dengan sangkar besar.- AP
