DENPASAR, 30 JULAI – Lelaki Britain yang dikatakan seorang pelarian, ditangkap di Bali hari ini kerana pornografi dan dadah, pihak berkuasa Indonesia menjelaskan, selepas media UK melaporkan lelaki itu menjual video eksplisit tentang dirinya secara online bagi membiayai kehidupan mewahnya di pulau itu.
Pegawai imigresen Amran Aris mengatakan, berdasarkan laporan media Britain, lelaki berusia 31 tahun, Terrence David Murrell dikehendaki oleh polis di UK.
Pihak berkuasa memetik laporan media Britain mengatakan Murrell, seorang model dan ahli bina badan, melarikan diri dari UK untuk mengelak dipenjarakan kerana menjual steroid. – AFP