Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditembak kerana makan Hot Pocket terakhir

    LOUISVILLE, 25 MEI – Seorang lelaki di bandar terbesar Kentucky menghadapi tuduhan jenayah selepas didakwa menembak rakan sebiliknya semasa pertikaian mengenai Hot Pocket, kata pihak berkuasa.

    Clifton Williams, 64, ditahan atas tuduhan menyerang selepas dia menuduh rakan sebiliknya memakan Hot Pocket terakhir mereka dan menyerangnya, menembaknya di bahagian punggung, kata pegawai Jabatan Polis Metro Louisville kepada WLKY-TV.

    Menurut polis, Williams mula membaling jubin ke arah lelaki itu selepas dia menyedari makanan terakhirnya telah hilang. Dia kemudian menembak rakannya di bahagian punggung ketika dia cuba melarikan diri, lapor stesen TV itu.

    Williams ditahan dengan ikat jamin ditetapkan pada AS$7,500. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda