Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ditembak semasa bertugas di landasan kereta api

    PATTANI, 11 JUN – Seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api maut ditembak sekumpulan lelaki di Khok Pho, Pattani, selatan Thailand.

    Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari Sabtu, anggota polis yang berusia 22 tahun itu bersama dua lagi pegawai State Railway of Thailand (SRT) sedang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api.

    Ketua Polis Na Pradu Kol.Pol.Chatchai Chanasit berkata enam lelaki yang menyamar sebagai wanita lengkap bertudung, menunggang tiga buah motosikal telah melepaskan tembakan ke arah pondok pengawal terbabit.

    “Anggota polis itu terkena tembakan di bahagian kepala dan badan manakala dua lagi pegawai SRT dilaporkan selamat. Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Khok Pho kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau menambah suspek turut merampas pistol milik mangsa sebelum melarikan diri. “Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda