Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Ditemui selamat selepas 10 hari sesat di gunung

    SANTA CRUZ, 25 JUN – Seorang pendaki yang hilang selama 10 hari ditemui selamat di pergunungan di California Utara, kata pihak berkuasa.

    Lukas McClish, 34, meninggalkan bandar Boulder Creek untuk aktiviti mendaki pada 11 Jun dan dilaporkan hilang pada 16 Jun, menurut pejabat syerif Daerah Santa Cruz.

    Saksi mendengar seseorang menjerit meminta bantuan pada Khamis lalu dan penyelamat dapat mengesan McClish dengan dron di Taman Negeri Big Basin Redwoods, lebih 11 kilometer dari Boulder Creek, kata pejabat syerif.

    Gambar menunjukkan badan McClish yang dipenuhi kotoran memeluk ahli keluarga dalam pertemuan semula yang penuh emosi. Dia tidak cedera dalam tempoh 10 hari dan memberitahu KGO-TV dia boleh minum air di hutan. Dia berkata dia tersesat semasa pendakian selama tiga jam dan tidak dapat mengenali beberapa mercu tanda yang musnah akibat kebakaran. – AP

    Gambar dari SLV Steve, menunjukkan Lukas McClish bersatu semula dengan keluarganya pada 20 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...