KUANTAN, 1 JUN – Hasrat memiliki iPhone 11 membawa padah kepada seorang juruteknik apabila mendakwa kerugian RM22,750 yang dibayar kepada penjual telefon pintar tidak wujud di laman sosial, minggu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 22 tahun mendakwa berminat membeli telefon pintar itu yang diiklankan pada harga RM1,350 di laman Instagram pada Khamis lalu.
“Mangsa mendakwa telah berurusan dengan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia menerusi pesanan WhatsApp dan diminta menjelaskan bayaran sebelum telefon pintar itu dihantar menggunakan syarikat penghantaran. – Bernama