Tuesday, July 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ditipu pekerja bengkel kereta

    Kepada sidang pengarang dan para pembaca setia ruangan curhat ini, di sini saya sekadar ingin berkongsi pengalaman pahit yang saya alami sejak tahun lepas mengenai perkhidmatan bengkel kereta di negara kita ini.

    Saya masih ingat pertama kali tawaran yang diberikan oleh pihak bengkel berkenaan memang best, tapi lama-kelamaan membuatkan saya jadi makan hati!

    Mana tidaknya, saya sudah bayar deposit $400, lepastu terpaksa menunggu terlalu lama, enam bulan!

    Pernah ada satu ketika itu, di mana dulu masa aku hantar kereta tu, dorang cakap, “Eh, chill bro, dalam sebulan confirm settle.”

    Aku pun percaya la kan, bengkel ni kan.

    Gambar Freepik

    Bila dah masuk lima bulan, aku pun sudah start muak dan ‘beuri’.

    Jadi terpaksalah saya hubungi mereka tanya bila nak siapkan kereta, namun mereka menjawab macam lepas tangan, “Oh, buat masa ani kami masih ‘usai’, bro. Chill lah.”

    Hal ani membuatkan aku bertambah tertekan, memandangkan aku sudah bayar deposit, tunggu lama, kereta pun belum nampak lagi hasilnya.

    Minggu lalu pun, aku dapat panggilan daripada mereka. Ingatkan dah nak happy ending, rupa-rupanya mereka hendak memaklumkan tidak tahu apa masalah kereta aku ni! Aku rasa macam hendak terajang saja telefon tu.

    Bagaimana la mereka tidak tahu mengenai kereta aku yang sudah terbengkalai di sana lebih setengah tahun? Ini sudah masuk tahun baharu.

    Lepas tu, mereka cakap macam tak boleh tuntut waranti, aku rasa bagai nak menjerit sahaja kepada mereka.

    Padahal aku sudah bayar awal, sekarang aku rasa macam kena tipu besar.

    Kesimpulannya, bengkel kereta ani memang harus disenarai hitam. Sudah la mahal, servis lembap, last-last dorang tidak tahu macam mana mahu selesaikan masalah ni.

    Saya rasa cukup setakat itulah sahaja perkongsian saya hari ini, minta maaf jika ada terkasar bahasa.

    Pemilik kereta rasa tertipu

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih atas perkongsian keluhan masalah yang awda hadapi di atas. Namun, pada hemat saya, mungkin beberapa cadangan rasional berikut boleh diaplikasikan bagi mengatasi masalah awda itu:

    1. Semak reputasi bengkel: Sebelum membuat sebarang pembayaran atau memilih bengkel, pastikan untuk menyelidik reputasi mereka. Minta ulasan daripada orang-orang yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka dan periksa penilaian dalam talian. Ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kualiti perkhidmatan mereka.

    2. Kontrak bertulis: Sebaik sahaja awda memilih bengkel, pastikan semua perincian dan perjanjian diletakkan secara bertulis.

    Termasuklah tempoh masa yang dijangka untuk penyelesaian, harga yang telah dipersetujui, dan terma-terma lain yang relevan. Ini dapat menjadi panduan yang berguna jika terdapat sebarang masalah di kemudian hari.

    3. Pembayaran Secara Berperingkat: Sekiranya mungkin, buatlah pembayaran secara berperingkat berdasarkan kemajuan kerja.

    Ini dapat memberikan insentif kepada bengkel untuk menyelesaikan kerja dengan cepat dan berkualiti. Pastikan jumlah deposit bersesuaian dengan kerja yang dijanjikan.

    4. Menggunakan bengkel berlesen: Pastikan bengkel tersebut mempunyai lesen yang sah dan mematuhi semua peraturan industri.

    Bengkel berlesen cenderung lebih terikat dengan standard dan etika yang ditetapkan, memberikan jaminan tambahan terhadap kualiti perkhidmatan.

    5. Pantau kemajuan dengan berterusan: Sediakan saluran komunikasi yang terbuka dengan bengkel untuk mendapatkan kemajuan berkala mengenai kerja yang sedang dijalankan.

    Ini membolehkan awda mengenal pasti sebarang isu awal dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum menjadi masalah besar.

    6. Berunding dengan pengurusan: Jika terdapat sebarang masalah atau kekeliruan, berunding dengan pihak pengurusan bengkel.

    Kadang kala, pengurusan mungkin dapat memberikan penjelasan yang lebih jelas atau mencari penyelesaian yang memuaskan kedua belah pihak.

    7. Hak tuntutan waranti: Jika kereta mengalami masalah selepas kerja selesai, pastikan untuk menuntut waranti dan berkomunikasi dengan bengkel untuk mendapatkan pembaikan atau penyelesaian yang sewajarnya.

    Waranti harus menyentuh aspek-aspek tertentu yang telah diperbaiki atau diganti oleh bengkel.

    8. Berikan ulasan jujur: Selepas seluruh proses selesai, berikan ulasan jujur tentang pengalaman anda dengan bengkel tersebut.

    Ini bukan hanya membantu orang lain membuat keputusan yang lebih baik, tetapi juga memberikan maklum balas kepada bengkel mengenai kekuatan dan kelemahan mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir, tanah runtuh di India ragut 16 nyawa

    GUWAHATI, 2 JULAI – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam tempoh dua minggu lalu di...