Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dituduh mengubah wang haram

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret, kelmarin, atas enam pertuduhan pengubahan wang haram melalui harta benda.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Mohammad Nasrul Hakimin bin Haji Amin, 34, di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan apabila terlibat dalam aktiviti haram melalui transaksi harta benda curi berupa jam tangan Rolex, konsol permainan, kad pengisian semula dan pelbagai mata wang antarabangsa.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun dan Julai tahun ini. Mahkamah memberi masa sehingga 2 November 2019 untuk tertuduh mempertimbangkan pengakuan.

    Tertuduh diwakili Peguam Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad manakala pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Latiff.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda