Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    DivEARTHsified sokong NGO tempatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Seramai 41 peserta dan 11 sukarelawan telah berkumpul di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES) untuk mengambil bahagian dalam acara DivEARTHsified, hari ini.

    Acara tersebut dianjurkan oleh lima orang alumni Sustainable Ocean Alliance (SOA) Brunei yang terdiri daripada Tan Yan Zhen, Chew Fang Lyn, Awang Iman bin Abdul Walid, Dayang Nurul Hidayatul Syafiqah binti Muhammad Ali Firdaus dan Awang Suzardi bin Muhammad Aliyas.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei, Jeff Barrus. Turut hadir ialah Pengasas SOA Brunei, Shaima Misli dan pengetua PTES.

    Ia dimulakan dengan pengenalan acara serta taklimat keselamatan sebelum perlumbaan dimulakan.

    Shaima dalam ucapannya menekankan tentang bagaimana alumni menjalani latihan pembinaan kapasiti untuk kemahiran dalam pengurusan projek termasuk pengucapan awam semasa kem ADVOCASEA sebelum acara berkenaan, dengan harapan para peserta akan mendapat inspirasi untuk menyertai lebih banyak acara membina kemahiran pada masa hadapan.

    Para peserta berlumba untuk melengkapkan semua empat checkpoint untuk merebut gelaran juara.

    DivEARTHsified diilhamkan daripada Amazing Race dan telah disokong oleh Kedutaan AS dengan tujuan untuk memperkasakan lebih ramai belia untuk menyokong dan membantu meningkatkan kesedaran akan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan terhadap apa yang mereka sumbangkan kepada masyarakat.

    Antara NGO yang dijemput ke acara itu adalah PawsUp, Kilang Reroot, Reefcheck Brunei dan ASEAN Youth Advocates Network (AYAN) Brunei.

    Jeff Barrus menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. – Gambar serahan SOA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...