Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Diversified Gateway rakan kongsi pertama NTT Com

    KUALA LUMPUR, 27 Feb – NTT Communications Corporation hari ini mengumumkan Diversified Gateway Bhd (DGB) sebagai rakan kongsinya yang pertama di Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan Global Management One (GMOne) NTT Com.

    Perkongsian berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan NTT Com bagi perkhidmatan pengurusannya di rantau ini selepas Singapura dan Hong Kong.

    Menurut satu kenyataan di sini, kedua-dua syarikat akan memanfaatkan kekuatan pelengkap untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan berdasarkan automasi kepada pelanggan perusahaan bersaiz sederhana dan besar di Malaysia. Perkhidmatan GMOne direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelanggan syarikat yang perlu menguruskan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin kompleks dan hibrid.

    Ia merupakan penyelesaian global sehenti yang membantu syarikat menguruskan ekosistem ICT hibrid mereka, dari infrastruktur melalui aplikasi perniagaan ke perkhidmatan perniagaan, dan membantu pelanggan memaksimumkan manfaat daripada ICT Hibrid mereka tanpa menjejaskan keselamatan dan kebolehpercayaan

    “Malaysia adalah pasaran yang pesat membangun dan antara pasaran utama Asia Tenggara bagi kami. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda