Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    DJ Koo menangis setiap hari sampai mata bengkak

    Sudah sebulan pemergian Barbie Hsu, suaminya iaitu DJ Koo masih meratapi pemergian pelakon terkenal itu.

    Allkpop melaporkan DJ Koo atau Koo Jun Yup, 56, tidak dapat menerima hakikat cinta hatinya itu sudah tiada dan menangis setiap hari sehingga matanya bengkak.

    “DJ Koo masih dirundung kesedihan, menangis setiap hari dan belum dapat menerima hakikat Barbie sudah tiada.

    “Matanya bengkak teruk akibat menangis malah enggan mendapatkan rawatan di hospital,” kata sumber terdekat deejay terkenal itu.

    Tidak hanya itu, DJ Koo juga hilang selera makan sehinggakan berat badannya susut dengan ketara.

    “Dia enggan makan atau minum yang menyebabkan badannya semakin kurus,” kata sumber itu lagi.

    Untuk rekod, Barbie menghembuskan nafas terakhir pada 3 Februari lalu akibat penyakit pneumonia ketika meraikan Tahun Baharu Cina di Jepun.

    Barbie dan DJ Koo mendirikan rumah tangga pada 2022 namun tidak dikurniakan cahaya mata. – Agensi

    Dj Koo belum terima hakikat kematian Barbie Hsu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda