Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic akan kembali lebih kuat

    ABU DHABI, 28 Dis – Bekas pemain nombor satu dan pemenang Grand Slam sebanyak 12 kali, Novak Djokovic akan beraksi lebih berbahaya lagi berbanding

    sebelumnya apabila dia kembali beraksi daripada kecederaan siku yang dialaminya, kata pemain pesaing 10 terbaik, Dominic Thiem semalam. Djokovic tidak beraksi sejak bersara daripada persaingan suku akhirnya di Wimbledon menentang Tomas Berdych pada Julai lalu, tetapi pemain itu, akan membuat aksi kembalinya di Kejohanan Mubadala World Tennis di Abu Dhabi esok sebelum melancarkan kempennya sebagai pemain pilihan di Terbuka Qatar minggu depan.

    “Kita sudah mengetahui keupayaan Djokovic,” kata Thiem dari Austria yang juga beraksi dalam pertandingan enam pemain di Abu Dhabi.

    “Tetapi sekarang, jika kecederaannya baik, dia mungkin lebih berbahaya dan beraksi dengan lebih baik jika kembali bangkit. Saya rasa semua orang mahu tahu bagaimana dia beraksi sekali lagi dan kita akan melihat pertandingan pertamanya di sini.”

    Thiem merasakan Djokovic akan menghasilkan impak yang sama seperti Roger Federer dan Rafael Nadal yang kembali beraksi daripada kecederaan pada tahun ini. Federer memenangi Terbuka Australia dan mencatatkan rekod kelapan Wimbledon sementara Nadal memenangi Terbuka Perancis ke-10 dan Terbuka AS dalam menguasai Slam bagi dua bintang veteran itu. Nadal dan Federer juga menamatkan tahun ini di kedudukan pertama dan Kedua dunia.

    “Saya rasa kita boleh menjangkakan yang sama dari Djokovic kerana dia berada dalam liga yang sama seperti Roger dan Rafa. Dia juga salah seorang dari beberapa pemain terbaik sepanjang masa,” tambah Thiem yang mencatatkan kemenangan pertamanya dalam enam pertemuan ke atas Djokovic di suku akhir Terbuka Perancis pada Jun lalu.

    “Ia akan menjadi tahun yang menarik. Terdapat beberapa pemain yang kembali dari kecederaan, tetapi selain Novak, tidak ada pemain lain yang membuat aksi kembali seperti Roger dan Rafa. Ia terlalu sukar. Saya rasa semua orang bersedia bagi permulaan yang hebat dan sengit musim ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda