Tuesday, April 1, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Djokovic atasi Garin

    ASTANA, 6 OKT – Novak Djokovic (gambar bawah) berjaya mengetepikan pemain Chile, Cristian Garin selepas menang 6-1, 6-1 dalam tempoh 64 minit untuk menempah slot ke pusingan kedua Terbuka Astana.

    Selepas meraih kejuaraan kali ke-89 di Tel Aviv hujung minggu lalu, Djokovic berjaya mematahkan servis Garin sebanyak lima kali untuk cuba menempatkan diri dalam saingan hujung musim Kejohanan ATP Akhir.

    “Sejak dari mula sehingga tamat, saya berjaya memberikan persembahan mantap.

    “Beraksi di kejohanan baharu, keadaan yang berbeza, perlawanan pertama bukannya mudah. Sebenarnya awda cuba untuk melihat kemampuan menyesuaikan diri.

    “Bagaimanapun, saya berjaya melakukannya dengan sempurna, bermain sebaik mungkin,” beritahu Djokovic kepada media.

    Pemain kelahiran Serbia itu satu-satunya pemain yang memenangi saingan ATP di permukaan tanah liat, rumput dan gelanggang biasa tahun ini.

    Dia akan berdepan pemain Belanda, Botic van de Zandschulp untuk menempah tempat ke suku akhir.

    “Datang beraksi di kejohanan ini memang saya rasa yakin, teruja dan bermotivasi tinggi, jadi ia membantu saya untuk menyesuaikan diri secepat mungkin,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda