DOHA, 3 Jan – Novak Djokovic bangkit daripada ketinggalan 5-1 menentang pemain nombor 63 dunia, Jan-Lennard Struff bagi meraih kemenangan pertamanya musim ini di Terbuka Qatar semalam. Pemain nombor dua dunia itu kehilangan dua servis pembukaannya dan bergelut dengan servis pemain Jerman di awal permainan. Tetapi warga Serbia itu bangkit dengan keazaman kuat bagi memenangi